[PARLIMEN] Halimah : Saya masih belum dipanggil SPRM - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Halimah : Saya masih belum dipanggil SPRM

HALIMAH MOHAMED SADIQUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum memanggil Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berhubung kes Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

“Setakat ini, saya tidak dipanggil. Apa pun, saya dan kementerian akan terus beri kerjasama yang baik untuk SPRM teruskan siasatan termasuk untuk melihat 337 lagi program yang akan dibawa dalam siasatan.

“Siasatan dalaman ini akan dibuat selepas selesai siasatan dan dapatan oleh SPRM.

“Ia berkaitan dengan penyalahgunaan dan cadangan terhadap prosedur yang boleh dilakukan oleh kementerian kepada penyaluran dana MITRA pada tahun akan datang,” katanya ketika menjawab perbahasan peringkat jawatankuasa bagi bajet kementerian itu dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Halimah lagi, pihak Peguam Negara akan meneliti sebarang keputusan sama ada terdapat sebarang keterangan sama ada kesalahan di bawah Akta SPRM atau mana-mana undang-undang.

Ia berhubung kertas siasatan SPRM bagi lebih 300 program yang telah dikemukakan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya