[PARLIMEN] Cukai minuman keras tidak diasingkan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Cukai minuman keras tidak diasingkan

YAMANI HAFEZ MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengumpulan wang berdasarkan cukai yang diperoleh daripada percukaian minuman keras tidak diasingkan dengan produk duti eksesais yang lain.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, kementeriannya belum memutuskan sebarang pertimbangan untuk mengasingkan dana cukai tersebut.

“Pada ketika ini, seperti mana produk duti eksesais yang lain seperti kenderaan, rokok dan produk tembakau. Hasil duti eksesais minuman keras juga termasuk dalam kumpulan wang disatukan bagi menambah baik perbelanjaan kerajaan.

Kita belum membuat sebarang keputusan untuk mengasingkan kumpulan wang tersebut,” jelasnya menerusi sesi pertanyaan kepada menteri.

Terdahulu, Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) melontarkan soalan tambahan kepada timbalan menteri itu berkaitan parti Pas yang dikatakan ghairah melarang pengambilan minuman keras walaupun dalam kalangan rakyat bukan Islam.

“Malaysia mempunyai kutipan yang agak tinggi iaitu RM1.68 bilion secara purata setiap tahun untuk cukai produk minuman keras. Rakan kongsi dalam kerajaan iaitu Parti Pas yang begitu ghairah hendak melarang minuman keras dan berjudi.

“Adakah kerajaan mempertimbangkan untuk mengasingkan wang cukai daripada minuman keras dan judi yang juga dikenali sebagai sin tax ataupun cukai haram? Ini adalah supaya wang itu hanya digunakan untuk golongan orang bukan Islam memandangkan Pas khuatir jika wang itu digunakan ke atas orang Islam dan pembangunan agama Islam,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya