KPDNHEP tambah import bekalan daging ayam  - Utusan Malaysia

KPDNHEP tambah import bekalan daging ayam 

ROSOL Wahid (tengah) diberi penerangan mengenai produk yang dipamerkan oleh seorang peniaga yang menyertai Karnival Jualan Beli Barangan Malaysia sempena perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia di Langkawi hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mempertimbangkan untuk menambah import  bekalan daging ayam  bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan di pasaran seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu adalah antara pilihan yang akan dipertimbangkan bagi menyelesaikan masalah tersebut sehingga berlaku kenaikan harga ayam.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) minggu lalu dan dijangka isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh satu atau dua minggu.

“Saya pun hadir dalam mesyuarat itu. MAFI kata akan selesai masalah harga ayam dan isu keberadaan (dalam pasaran),” katanya selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Chenang di sini hari ini.

Beliau memberitahu, KPDNHEP menerima aduan daripada pengguna di Terengganu mengenai kekurangan bekalan ayam di samping harganya turut meningkat.

Tambahnya, beberapa pengusaha restoran didapati terpaksa menutup sementara operasi kerana mengalami kesukaran untuk mendapat bekalan ayam.

Harga ayam proses kini dijual melebihi RM9 sekilogram, menjadi kenaikan mendadak harga ayam melebihi RM1 sekilogram. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN