MELAKA: Kerajaan negeri Melaka yang baharu boleh dibentuk meskipun tiada parti yang memperoleh majoriti mudah selepas keputusan pilihan raya diumumkan Sabtu ini kerana Yang Dipertua Negeri boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada hemat beliau mempunyai kepercayaan Dewan untuk dilantik sebagai Ketua Menteri. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, tanpa majoriti mudah, jalan penyelesaian yang ada ialah melalui penubuhan…