Deepavali: Bekalan barangan keperluan dijamin cukup - Utusan Malaysia

Deepavali: Bekalan barangan keperluan dijamin cukup

WAN Romani Wan Salim (tengah) melakukan tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali Peringkat Negeri Kedah, di Pasar Raya Mydin, Sungai Petani hari ini. - UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan di negeri ini mencukupi bagi menampung keperluan sempena perayaan Deepavali, Khamis ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Wan Romani Wan Salim berkata, orang ramai tidak perlu membuat pembelian berlebihan yang boleh memberi tekanan kepada kepada harga barangan menjelang perayaan itu.

Menurutnya, bekalan barangan mentah untuk sambutan Deepavali seperti daging kambing, ayam, minyak, gula, kelapa, telur dan beberapa lagi barangan mentah lain mencukupi.

Katanya, setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan sebarang aktiviti pembelian panik oleh pengguna. 

“Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah juga akan terus melakukan pemantauan harga terutamanya berkaitan barangan keperluan asas di seluruh negeri ini berkuat kuasa hari ini sehingga 7 November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali Peringkat Negeri Kedah di Pasar Raya Mydin di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd. Shahran Mohd. Arshad.

Wan Romani memberitahu, hasil pemantauannya setakat hari ini mendapati semua premis masih mematuhi skim harga maksimum yang ditetapkan.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 67,823 premis di negeri telah diperiksa sejak 1 Januari hingga 31 Oktober lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan itu sebanyak 922 kompoun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Nilai kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM128,250 manakala nilai rampasan pula sebanyak RM RM606,529.65,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN