PETALING JAYA: Pengarah sembilan daripada 10 syarikat yang didakwa melakukan penyelewengan geran peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan dituduh di mahkamah setelah siasatan mendapati wujud unsur salah guna dana itu. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Utusan Malaysia, sebanyak 21 individu terdiri daripada 17 lelaki dan empat wanita yang mempunyai kaitan dengan 10 syarikat berkenaan telah ditahan untuk siasatan. Katanya, siasatan sejak dua tahun lalu itu mendapati…










