111 pembeli residensi Tebrau saman PR1MA - Utusan Malaysia

111 pembeli residensi Tebrau saman PR1MA

Wakil pembeli, Morsyahila Abdul Khalid (tengah), bersama peguam Syafiqah Md Shafie (kiri), dan Abdul Haqq Abd Razak hadir ke Ibu Pejabat Perbadanan PRIMA Malaysia bagi menyerahkan notis saman 111 pembeli residensi PRIMA Tebrau keatas Perbadanan PRIMA Malaysia, di Ara Damansara, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 111 pembeli rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memfailkan saman terhadap Perbadanan PR1MA Malaysia sebanyak RM3,023,198.35 bagi tuntutan gantirugi  Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan atau Liquidated Ascertained Damages (LAD).

Peguambela daripada Mohd Akhir and Partners, Syafiqah Md Shafie berkata, plaintifnya menerima kelewatan penyerahan milikan kosong projek perumahan yang terletak di Tebrau, Johor itu.

Menurutnya, perumahan yang terletak di atas sebidang tanah seluas 28,680 meter persegi itu diberi kelulusan dan memulakan projek pada 4 November 2014 dan seharusnya diberi serahan kepada pembeli tiga tahun kemudian, akan tetapi, notis pemilikan berjaya diserahkan pada 15 April 2021.

“Kelewatan penyediaan perjanjian tersebut yang memakan masa sehingga setahun lebih merupakan tempoh yang tidak munasabah dan memprejudiskan hak pembeli dalam tuntutan LAD.

“Kemudahan di residensi juga masih belum dilengkapkan sepenuhnya, malah, pemaju ingin menggunakan Sinking Fund untuk menyediakan kemudahan tersebut dan perkara tersebut melanggar perjanjian antara pemaju dan pembeli. Mereka sepatutnya melengkapkan kemudahan sebelum penyerahan kepada pembeli-pembeli,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Projek perumahan PR1MA bertujuan untuk membangunkan dan menyediakan kediaman mampu milik buat rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan. Adalah menjadi syarat kelayakan utama bahawa rumah PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja dengan anggaran harga RM181,000 sehingga RM350,000.

Sebelum ini, Utusan Online pernah melaporkan sebanyak 1,000 pembeli PR1MA residensi Tebrau yang masih menunggu rumah mereka siap sepenuhnya dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Md. Nasir menyoal bagaimana projek perumahan itu berjaya memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) sedangkan sistem perpaipannya masih belum siap.

Wakil daripada pembeli residensi PR1MA Tebrau, Morsyahila Abdul Khalid berkata, 111 plaintif atau pembeli awal sudah menunggu lama untuk projek tersebut disempurnakan, dan apabila rumah yang diperolehnya berada di dalam keadaan yang tidak menyenangkan hati serta mempunyai kecacatan.

“Sepatutnya serahan kunci diberikan pada bulan mei akan tetapi kami menerima lewat dua bulan dan apabila saya masuk ke rumah saya terus merasa sedih melihat keadaan rumah pertama saya itu.

“Ada kebocoran paip, bilik air tak boleh diguna, kualiti sangat teruk nak dibandingkan dengan  rumah middle income dan ada pembeli yang mendapat rumah tanpa tingkap. Malah fasiliti di sana masih tidak lengkap,” katanya.

Tambahnya, apabila masalah itu dibawa kepada perbadanan PR1MA, pembeli-pembeli tidak dilayan dan seolah-olah aduan mereka diperlekehkan.

“Sebab itu saya bersama-sama 111 pembeli residensi Tebrau ingin menuntut dan berlawan untuk hak kami,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya