Zionis musnahkan tanah perkuburan Islam Palestin - Utusan Malaysia

Zionis musnahkan tanah perkuburan Islam Palestin

BEBERAPA kubur di Tanah Perkuburan Al-Yusufiye dimusnahkan dengan menggunakan kenderaan berat. - ANADOLU AGENCY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel memusnahkan sebuah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis.

Beberapa kubur di Tanah Perkuburan Al-Yusufiye dimusnahkan dengan menggunakan jentera berat.

Lapor Anadolu Agency, penduduk Palestin memaklumkan sejumlah tulang ditemukan semasa operasi memusnahkan kawasan tanah perkuburan itu.

Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Perlindungan Tanah Perkuburan Islam, Ahmed al-Dajani berkata, mahkamah Israel memberi kebenaran kepada Direktorat Arkeologi untuk melakukan kerja-kerja di tapak berhampiran tanah perkuburan itu.

Ahmed berkata, antara kubur yang dimusnahkan adalah tempat persemadian penduduk Islam yang terkorban dalam konflik pada tahun 1948 dan 1967.

Beliau menegaskan Israel akan berdepan tindakan undang-undang sebagai tindak balas terhadap perbuatan memusnahkan kubur tersebut.

Menurut Ahmed, Israel merancang untuk membina sebuah taman berhampiran tanah perkuburan tersebut.

Tanah Perkuburan Al-Yusufiye yang terletak bersebelahan tembok mengelilingi kota lama merupakan satu daripada tanah perkuburan Islam tertua di Baitulmuqaddis.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis cuba memusnahkan tangga bersejarah menuju ke kota lama dan Masjid Al-Aqsa, namun, langkah itu dihalang oleh penduduk Palestin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya