fbpx

9 Disember 2021, 5:35 pm

  TERKINI

Vaksinasi remaja capai 80.2 peratus dos pertama, antara terpantas di dunia

KADAR vaksinasi dalam kalangan remaja Malaysia adalah antara yang terpantas di dunia dengan 80.2 peratus sudah terima dos pertama dalam masa hanya sebulan selepas dimulakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar vaksinasi dos pertama bagi golongan remaja kini mencapai 80.2 peratus atau bersamaan 2,524,156 individu, iaitu antara tindakan pemberian vaksin terpantas di dunia sejak dilaksanakan pada 20 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengambil kira kadar positif itu, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju agar kemudahan vaksinasi lengkap untuk golongan dewasa ketika ini turut diperluaskan  kepada golongan remaja yang lengkap divaksin.

 Ini bermakna, kata beliau, syarat vaksinasi lengkap bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun akan dinyatakan dalam semua prosedur operasi standard (SOP). 

“Bagaimanapun, ia tidak akan dilaksanakan serta merta. Pihak kerajaan akan  selaraskan kemudahan-kemudahan berkaitan dan memberi golongan remaja  ‘grace period’ selama tiga minggu atau sehingga pertengahan bulan depan.

“Tempoh ini adalah bagi memastikan kira-kira 80 peratus remaja yang menerima dos  pertama ketika ini, selesai divaksin lengkap,” katanya dalam kenyataan semalam.

POPULAR

KOSMO! TERKINI