LONDON: Krisis bekalan bahan bakar di United Kingdom (UK) mencetuskan kemarahan dan situasi tegang dalam kalangan masyarakatnya.
Namun, keadaan itu menjadi peluang terbaik kepada anggota kumpulan sarkas, Anastasia Sawicka untuk menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya.
Dengan menggunakan rambut panjang dimilikinya, Sawicka menarik van miliknya yang seberat empat tan ke stesen minyak terdekat sebagai protes kepada krisis bahan bakar yang berlaku ketika ini.
Menurut Sawicka, aksinya menarik kenderaan tersebut dengan rambutnya menarik perhatian pelbagai pihak, sekali gus mempromosikan kumpulan sarkasnya yang diberi nama ‘Circus of Horrors’.
Sawicka yang turut memegang Rekod Dunia Guinness bagi kategori rambut paling kuat memberitahu, dia tidak kisah tindakannya diperhatian orang ramai, malah gembira kerana dapat menghiburkan mereka.
Selain itu, anggota sarkas tersebut memberitahu, dia mengeluarkan belanja yang banyak untuk memberi produk penjagaan rambut bagi memastikan ‘mahkota wanita’ itu kekal sihat dan kuat.
“Saya turut membeli insurans bernilai satu juta pound (RM5.7 juta) untuk rambut saya sekiranya berlaku insiden tidak diingini.
“Dalam pasukan sarkas, saya membuat pertunjukan bergantung pada tiang besi menggunakan rambut,” katanya.
Sementara itu, Sawicka mengakui ada kalanya dia berasa sakit ketika melakukan aksi menggunakan rambutnya. – AGENSI










