MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan mengakui tidak yakin berentap sebagai calon Bebas di kerusi disandangnya, andai Pakatan Harapan (PH) tidak mencalonkannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nor Azman menjelaskan, beliau bersedia mencari tiket parti lain, namun masih menaruh keyakinan blok pembangkang itu tidak akan menolaknya. Jelasnya, ini kerana kenyataan Majlis Presiden PH secara jelas menyatakan, hanya seorang sahaja…










