Sudah tiba masa wujud Suruhanjaya Kanak-kanak - Utusan Malaysia

Sudah tiba masa wujud Suruhanjaya Kanak-kanak

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan sewajarnya terutama daripada pihak kerajaan.

Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial telah mengadakan Mesyuarat yang ke-4 .

Pengerusinya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, undang-undang bagi melindungi kanak-kanak memerlukan perhatian serta pelaksanaan yang cekap.

“Isu yang berbangkit adalah perlunya undang-undang yang diluluskan di Parlimen untuk Akta Suruhanjaya Kanak-kanak yang bebas dan juga dana yang mencukupi untuk melaksanakan tugas-tugas dan peranan Suruhanjaya Kanak-Kanak.

“Bukan itu sahaja, kita juga perlu pembangunan kapasiti pihak berkepentingan yang relevan untuk meningkatkan kecekapan prosedur, termasuk di dalam pengelolaan bantuan kecemasan, penguatkuasaan polis dan bantuan guaman,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh sebagai ahli jemputan khas.

Menurut Azalina, wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) telah berkongsi pandangan mereka mengenai hal-hal yang berkaitan dengan peranan Pesuruhjaya Kanak-kanak, Mahkamah Kanak-kanak dan peranan Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga (JMKRT).

“Adalah penting untuk kita meningkatkan koordinasi peringkat negeri dalam pengurusan keganasan rumah tangga serta mengembangkan sistem pengumpulan data di peringkat nasional yang telus untuk memantau dan menanggapi kes kekerasan terhadap wanita dan anak-anak.

“Suruhanjaya Kanak-kanak dan Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga (JMKRT) diminta untuk menerbitkan laporan tahunan yang boleh diakses oleh masyarakat umum bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban agensi-agensi berkaitan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.