Siapa suruh Perzim buat kerja sia-sia? - Pesawad - Utusan Malaysia

Siapa suruh Perzim buat kerja sia-sia? – Pesawad

KHALID HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Usaha Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) mencari harta karun di Pulau Nangka di sini tidak akan berakhir pada 2015 sekiranya mendapatkan dahulu pandangan dan nasihat daripada Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk mengeluarkan harta bernilai trilion ringgit berkenaan.

Jelasnya, usaha itu juga harus dijayakan bersama sembilan waris pemilik harta yang telah dikenal pasti.

Menurut beliau, sehingga hari ini, Perzim tidak pernah mendekati atau menyatakan hasrat untuk bekerjasama.

“Mereka (Perzim) tidak pernah datang untuk membincangkan perkara ini. Adalah hantar orang untuk risik-risik cerita Pulau Nangka dengan saya.

“Harta itu boleh dikeluarkan dengan syarat segala persiapan dilakukan termasuk meletak para waris dalam satu Majlis atau Lembaga untuk memastikan keharmonian Melaka. Pastikan juga pihak yang tidak berkenaan jangan cuba mengambil kesempatan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, akhbar ini melaporkan, beberapa usaha dilakukan Perzim untuk mengeluarkan harta di Pulau Nangka menemui jalan buntu.

Malah, ada kepingan duit syiling emas yang dijumpai pada peringkat awal pencarian tidak diserahkan kepada Jabatan Muzium Melaka.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa buah kedai menjual barangan antik di sekitar Banda Hilir di sini mendapati, tiada sebarang artifak mahupun objek yang didakwa berasal dari Pulau Nangka atau Kesultanan Melayu Melaka ditawarkan.

Pemilik premis yang ditemui berkata, tidak mengetahui cerita harta karun di pulau berkenaan dan ada juga yang mempertikaikan kesahihan kewujudannya.

Sementara itu, Pengurus Besar Perzim, Dr. Mohd Nasruddin Rahman yang sudah dihubungi enggan memberikan sebarang ulasan berhubung dakwaan dibuat Pesawad. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.