BAGHDAD: Rakyat Iraq keluar mengundi hari ini dalam Pilihan Raya Umum biarpun kebanyakan mereka sebelum ini mengugut untuk memboikot sistem pemilihan tersebut.
Pilihan raya itu diadakan beberapa bulan lebih awal di bawah undang-undang baharu bagi membantu golongan calon bebas.
Di bandar Kirkuk, utara Iraq, Abu Abdullah memberitahu dia beratur sejam lebih awal sebelum pusat pengundian dibuka.
“Saya datang awal pagi untuk menjadi pengundi pertama dan sudah tentu saya berharap pilihan raya ini membawa perubahan yang baik untuk Iraq,” katanya.
Sekurang-kurangnya 167 parti politik dan lebih 3,200 calon bertanding dalam pilihann raya tersebut.
Kesemuanya berusaha merebut 329 kerusi Parlimen Iraq. – REUTERS









