Polis pantau lebuh raya dengan Op Lancar, Op Had Laju - Utusan Malaysia

Polis pantau lebuh raya dengan Op Lancar, Op Had Laju

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 450 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membuat pemantauan di lebuh raya melalui Op Lancar bagi memastikan kelancaran trafik susulan peningkatan kenderaan yang dijangka pulang ke kampung bermula esok.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pihaknya telah melancarkan Op Lancar bermula Isnin lalu (11 Oktober) bagi mengawal aliran trafik yang dijangka sesak di lebuh raya.

Katanya, malah, rondaan pemantauan akan ditingkatkan dengan penglibatan pegawai dan anggota JSPT.

“JSPT sentiasa akan menjalankan OP Had Laju di lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti berlakunya pelanggaran peraturan lalu lintas.

“Ini termasuk kesalahan memandu melebihi had yang dibenarkan,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, menurut Mat Kassim, pemantauan dekat sentiasa dijalankan di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan sama ada di lebuh raya dan jalan-jalan utama di seluruh negara.

Ujarnya, pihaknya akan membuat rondaan secara kerap dan ‘Omnipresence’ petugas trafik agar masyarakat sedar akan kehadiran polis trafik di kawasan mereka.

“Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan undang-undang jalan raya.

“Memandu secara berhemah terutamanya di lebuh-lebuh raya yang dijangka sesak akibat kebenaran rentas negeri yang diberikan,” ujar beliau.

Ahad lalu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Isnin, 11 Oktober 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu, rakyat Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya