PETALING JAYA : Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka menyaksikan pertandingan sehingga enam penjuru kerana parti-parti politik utama didakwa mahu melihat sokongan rakyat terhadap mereka. Selain Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), tiga lagi parti yang dijangka meletakkan calon mereka ialah Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Kuasa Rakyat selain calon-calon Bebas. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Razak…