Perkhidmatan tren keretapi jadi pilihan untuk rentas negeri  - Utusan Malaysia

Perkhidmatan tren keretapi jadi pilihan untuk rentas negeri 

STESEN Keretapi Butterworth, Pulau Pinang mula menjadi tumpuan orang ramai hari ini yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing susulan kebenaran rentas negeri yang diberikan kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Stesen Keretapi Butterworth di sini mula menjadi tumpuan orang ramai hari ini yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing susulan kebenaran rentas negeri yang diberikan kerajaan. 

Pertambahan pengguna yang menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menuju ke selatan itu semakin bertambah hari ini meskipun kebenaran rentas negeri telah diberikan sejak Isnin lalu. 

Seorang pekerja kilang, Noorliza Baba, 33, berkata, dia mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk bertemu suami di Taiping, Perak dengan menaiki ETS selepas enam bulan tidak bertemu. 

“Saya tidak terlalu bimbang untuk balik kampung kerana saya, suami dan ahli keluarga lain telah melengkapkan dos vaksin Covid-19, namun tetap akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu, pelajar, P. Kumar, 25, berkata, dia segera menempah tiket ETS untuk pulang ke Kuala Lumpur pada hujung minggu sebaik sahaja pengumuman rentas negeri dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Saya mahu pulang bertemu keluarga dan sanak-saudara selepas setahun tidak bersua. 

“Saya menggunakan perkhidmatan ini kerana merasakan lebih selamat dan akan sentiasa mengamlkan SOP dalam tempoh empat jam di dalam tren,” katanya. – UTUSAN ONLINE  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN