fbpx

Pembeli bertuah Sime Darby Motors bawa pulang BMW G310R

JEFFREY GAN (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah karnival SDM Virtual Grand Finale. - Ihsan SDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

KU SYAFIQ KU FOZI

[email protected]

 

PETALING JAYA: Seorang pembeli bertuah menerima hadiah motosikal BMW G310R daripada Sime Darby Motors (SDM) sempena karnival maya yang diadakan syarikat tersebut tahun lalu.

Pemenang tersebut menghantar penyertaan cabutan bertuah melalui pembelian Jaguar F-Pace 300PS dalam karnival SDM Virtual Grand Finale yang diadakan pada 2 hingga 6 Disember tahun lalu.

Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Malaysia SDM, Jeffrey Gan berkata, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang karnival tersebut baru-baru ini merupakan usaha pihaknya untuk terus memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan walaupun berhadapan sekatan dan kekangan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang yang membawa pulang motosikal BMW G310R.

“Dengan tambahan kenderaan di garajnya, beliau kini boleh memilih sama ada mahu menunggang kenderaan dua roda yang berkuasa atau memandu Jaguar F-Pace 300PS baharunya,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI