PDRM sedia maklum kekangan kewangan dihadapi kerajaan - Utusan Malaysia

PDRM sedia maklum kekangan kewangan dihadapi kerajaan

Hazani Ghazali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam akan di uji cuba Jabatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Cawangan Pengiring.

 

Pengarah KDNKA, Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, kenderaan dilengkapi aksesori sebagai kenderaan pasukan polis itu adalah hanya untuk uji cuba atau peringkat pembuktian konsep (POC) tanpa sebarang perjanjian atau urusan pembelian.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

“Tujuan uji cuba ini adalah untuk mendapatkan maklum balas sama ada kenderaan-kenderaan berkenaan sesuai atau tidak digunakan bagi sebarang penugasan dalam PDRM.

 

“PDRM sedia maklum akan kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan dan tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan adalah atas prinsip hanya uji cuba sebelum sebarang keputusan untuk penggunaanya diputuskan oleh PDRM kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Terdahulu, tular gambar lima unit kenderaan mewah jenis BMW dan Volkswagen, yang sudah dilengkapi aksesori sebagai kenderaan pasukan polis.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini