[PARLIMEN] Struktur gaji PDRM ikut pariti perkhidmatan lain - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Struktur gaji PDRM ikut pariti perkhidmatan lain

TUGAS polis yang tidak mengira masa memerlukan siste gaji dan elaun mereka dikaji. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Struktur gaji anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditambah baik berdasarkan pariti (parity) dengan skim perkhidmatan lain yang berkaitan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan juga sentiasa menyemak dan mengkaji pemberian elaun bagi membantu anggota PDRM terutamanya yang berpangkat rendah dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat.

Selain itu katanya, kementerian juga berusaha menambah baik kemudahan infrastruktur dengan membina dan membaik pulih perumahan bagi memastikan warga PDRM menjalani kehidupan dengan suasana yang kondusif dan selesa

” Bagi menambah baik emolumen anggota PDRM, kerajaan pada tahun 2016 telah mengemaskini struktur gaji dan skim perkhidmatan PDRM. Ini dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 di bawah Rasionalisasi Skim Perkhidmatan PDRM bagi Sistem Saraan Malaysia (SSM).

” Perubahan ini melibatkan pelbagai skim perkhidmatan di PDRM seperti pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel, pegawai rendah polis dan konstabel orang asli dan pegawai rendah polis dan konstabel sokongan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN