[PARLIMEN] : Shahidan: saya terima beratus panggilan, tidak sempat jawab, sila SMS - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] : Shahidan: saya terima beratus panggilan, tidak sempat jawab, sila SMS

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta penduduk Kuala Lumpur yang ingin membuat aduan berhubung jalan berlubang menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Shahidan berkata, beliau kini menerima banyak panggilan daripada masyarakat berhubung permasalahan tersebut.

“Saya terima beratus panggilan berhubung jalan berlubang dan saya tidak sempat mengangkat panggilan satu per satu.

“Saya meminta untuk mereka menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan saya akan mengambil tindakan serta merta,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, Shahidan dalam sesi penggulungan Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Wilayah menyebut nombor telefon peribadinya untuk penduduk Kuala Lumpur supaya dapat memberi amaran kepadanya mengenai jalan berlubang.

Beliau dalam masa yang sama turut berkongsi nombor telefon Timbalannya Datuk Seri Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Nombor telefon tersebut adalah Shahidan: 0194545111, Jalaluddin: 0196524444, Mahadi: 0162068883

“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa datang berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya