[PARLIMEN] : Projek rumah terbengkalai cecah RM5.57 bilion - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] : Projek rumah terbengkalai cecah RM5.57 bilion

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nilai projek perumahan swasta yang terbengkalai di seluruh negara telah mencecah hampir RM5.57 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV) setakat 30 September 2021.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, nilai itu meliputi sebanyak 79 projek perumahan swasta meliputi 17,724 unit rumah yang telah disahkan sebagai terbengkalai di Semenanjung Malaysia dan melibatkan 11,824 orang pembeli.

“Kalau dari sudut GDV, jumlah mencecah hampir RM5.57 bilion, tetapi perlu diingat, ada projek terbengkalai yang melewati tempoh 10 tahun akan mengalami susut nilai, jadi yang saya beri ini hanya anggaran.

“Dua kaedah yang dilakukan untuk pemulihan projek iaitu kaedah mediasi dengan berunding dengan likuidator untuk beli balik rumah, jadi kos menjadi rendah.

“Kaedah lagi satu ialah kaedah intervensi, kita sediakan dana untuk memajukan perumahan kos rendah dan kos sederhana. Dari segi ini, jumlah yang kerajaan telah belanja hampir tempoh 10 tahun adalah RM219.793 juta, ini merupakan direct intervensi sehinggalah projek rumah itu selesai,” katanya dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) berhubung nilai sebenar jumlah keseluruhan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara dan jumlah perbelanjaan yang terpaksa kerajaan keluarkan untuk menyelamatkan projak yang terbengkalai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN