[PARLIMEN] : KDN setuju mansuh kesalahan jenayah bunuh diri - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] : KDN setuju mansuh kesalahan jenayah bunuh diri

AARON AGO DAGANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Akta 309 Kanun Keseksaan iaitu bunuh diri sebagai kesalahan jenayah dipersetujui untuk dimansuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkara itu kini dalam peringkat untuk dibawa ke Jemaah Menteri.

“Bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah sudah lama dibincangkan dan saya difahamkan setakat ini KDN dan AGC sudah setuju untuk memansuhkan Seksyen 309 berkait bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah.

“Peringkat sekarang, ia akan dibawa ke Jemaah Menteri dan seterusnya untuk membuat pindaan supaya kesalahan bunuh diri tidak akan disabit kesalahan jenayah lagi,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Che Alias Hamid (PN-Kemaman) mengenai perkembangan terkini mengenai kesalahan bunuh diri.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk mengeluarkan percubaan bunuh diri daripada sistem keadilan jenayah dan memasukkan individu yang melakukan cubaan bunuh diri ke dalam sistem rawatan kesihatan.

Dalam hal itu, AGC sedang mengkaji pilihan perundangan yang ada serta implikasi perundangan jika kesalahan percubaan membunuh diri dikeluarkan daripada sistem keadilan jenayah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya