Lelaki ditahan curi tabung di 15 masjid di Sulawesi Selatan - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan curi tabung di 15 masjid di Sulawesi Selatan

POLIS menunjukkan alatan yang digunakan suspek untuk pecah masuk ke masjid bagi mencuri tabungan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAMUJU: Pasukan polis Sulawesi Selatan menahan seorang lelaki yang didakwa ‘mempunyai kepakaran mencuri tabungan masjid’ selepas beberapa kali berjaya lolos.

Jurucakap polis, Pandu Arief Setiawan berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai FJR berusia 21 tahun dan dia ditangkap ketika mencuri tabungan di Masjid Nurul Muttahida, di sini.

“Hasil soal siasat, suspek mengakui dia sudah mencuri tabungan di 15 buah masjid di seluruh Mamuju dan tiga kali di Masjid Muttahida.

“Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah menyasarkan masjid di kawasan sunyi dan melakukannya pada waktu tengah malam sekitar pukul 1 hingga 3 pagi,” katanya.

Jelas Pandu, suspek juga mengakui hasil curiannya beoleh mencecah lapan hingga sembilan juta rupiah (RM2,347-RM2,641).

Katanya, suspek memberitahu, duit tabungan yang dicuri akan diberikan kepada isterinya untuk perbelanjaan rumah dan selebihnya belanja sendiri.

Sehubungan itu, suspek berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun jika disabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.