Lelaki dikhuatiri lemas jatuh Jambatan Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh Jambatan Pulau Pinang

ANGGOTA Maritim Malaysia akan bertindak lebih agresif bagi menyekat kemasukan PATI Indonesia- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.5 laluan arah Perai dekat sini malam tadi.

Lelaki berusia 25 tahun itu dikatakan meninggalkan sebuah motosikal di tepi jalan sebelum jatuh kira-kira pukul 11.20 malam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya telah menggerakkan Bot Perkasa 1221 ke lokasi kejadian untuk melakukan pencarian sebaik sahaja menerima maklumat daripada Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi.

Beliau berkata, sebuah motosikal telah ditemukan di atas jambatan dipercayai milik mangsa bersama sekeping nota.

“Berdasarkan nota tersebut, maklumat mangsa adalah seorang lelaki berumur 24 tahun dan beralamat di Pangsapuri Kejora Teluk Kumbar.

“Operasi mencari dan menyelamat yang mula diaktifkan tengah malam tadi turut membabitkan pasukan Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta Polis Marin Batu Uban,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata, orang awam diminta melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN