Lebih 50 peratus hadir ke sekolah di Perlis - Utusan Malaysia

Lebih 50 peratus hadir ke sekolah di Perlis

MURID prasekolah mula hadir ke sekolah pada hari pertama pembukaan semula sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sin Min di Pauh, Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Sekitar 50 peratus daripada keseluruhan 8,296 murid dan pelajar yang memulakan sesi persekolahan secara bersemuka di Perlis hari ini hadir ke sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata, kebanyakkan ibu bapa masih lagi mengambil langkah tunggu dan lihat, namun beliau percaya kehadiran penuh mampu dicapai tidak lama lagi.

Katanya, pihak sekolah masih lagi memberi kelonggaran kepada ibu bapa dan pelajar daripada segi kehadiran buat masa ini.

“Saya lihat kehadiran hari ini boleh dikatakan sangat memberangsangkan dan kita masih lagi beri peluang kepada murid dan pelajar daripada segi kehadiran. Lama kelamaan bilangan yang hadir akan penuh.

“Pelajar dan murid juga dilihat gembira dapat hadir ke sekolah semula untuk belajar bersama guru-guru dan rakan-rakan,” katanya selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sin Min di Pauh di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan pelajar dan murid yang memulakan sesi pembelajaran bersemuka di Perlis adalah 8,296 iaitu pelajar prasekolah sebanyak 2,654, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (3,570), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (1,078) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (39) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI) (956).

Sementara itu, beliau memberitahu, masih terdapat 23 lagi guru yang enggan menerima vaksin di negeri ini berbanding 26 orang bulan lalu. 

“Kita masih memberi ruang dan peluang kepada mereka (guru) untuk mengubah fikiran dan menyeru mereka yang masih enggan vaksin agar memikirkan kepentingan pendidikan murid-murid dan pelajar mereka.

“Buat masa ini, guru-guru yang tidak divaksin tidak dibenarkan untuk mengajar secara bersemuka dengan pelajar-pelajar di sekolah dan hanya mengajar secara dalam talian,” ujarnya.

Mengulas mengenai proses vaksinasi pelajar sekolah, beliau memberitahu, semua pelajar daripada tingkatan satu hingga lima telah mengikut janji temu yang telah ditempah oleh Jabatan Pendidikan negeri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan.

Tambahnya, proses pemberian vaksin untuk murid darjah enam juga akan dimulakan pada minggu ini.

Dalam pada itu, seorang bapa, Munir Abdul Rahman, 36, menyambut baik pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka.

“Memang lebih baik bila dapat belajar di di sekolah kerana ada cikgu yang dapat mengajar mereka dengan lebih baik. Dua orang anak saya yang berumur lima dan enam tahun memang gembira dapat dapat ke kelas pra sekolah semula,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya