KKM optimis semua negeri capai 80 peratus kadar vaksinasi bulan ini - Utusan Malaysia

KKM optimis semua negeri capai 80 peratus kadar vaksinasi bulan ini

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan optimis semua negeri kecuali Sabah akan mencapai 80 peratus kadar vaksinasi lengkap pada bulan ini.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat beberapa negeri iaitu Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Sabah masih belum mendapat kadar vaksinasi lengkap 80 peratus.

 

“Semua negeri ini kecuali Sabah akan capai 80 peratus pada bulan ini. Berhubung di Sabah, saya telah berhubung dengan Pengarah Kesihatan Negeri untuk pertingkatkan program outreach.

 

“Ini kerana yang datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak ramai. Sebab itu kita di Sabah tengah usahakan sumber sedia ada untuk pertingkatkan program outreach ke seluruh Sabah sebab kita kesan mereka tidak datang ke PPV,” katanya dalam sidang akhbar di Auditorium Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan dos penggalak vaksin tidak akan menjejaskan status lengkap vaksin bagi mana-mana individu yang sudah menerima dua dos.

 

Tegasnya, dos penggalak berkenaan bukan mandatori, tetapi, hanya ditawarkan kepada mereka yang mempunyai komorbiditi, warga emas dan petugas barisan hadapan di peringkat awal

 

“Dos penggalak bukan mandatori, tetapi, kita akan tawarkan bermula dengan warga emas yang ada komorbiditi, petugas barisan hadapan dan warga emas.

 

“Kita tidak akan paksa, tetapi, ia sangat digalakkan untuk ambil selepas enam bulan daripada dos kedua,” katanya.

 

Sementara itu, berhubung laporan siasatan bebas insiden kebakaran Hospital Sultanah Amanah (HSA) Johor Bahru, Khairy berkata, pihaknya meminta pandangan nasihat Penasihat Undang-Undang berkenaan perkara itu memandangkan terdapat kes mahkamah yang sedang berlangsung.

 

“Saya minta laporan dibentangkan dan diberikan taklimat kepada saya. Komitmen untuk bentang masih kekal. Namun, saya minta nasihat Penasihat Undang-Undang beri pandangan berkenaan kes mahkamah ini yang sedang berlangsung,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN