Kes positif terus menurun di Johor - Utusan Malaysia

Kes positif terus menurun di Johor

R. VIDYANANTHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah pesakit Covid-19 dan kemasukan pesakit baharu ke hospital kerajaan di negeri ini terus mencatatkan penurunan. 

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, trend penurunan itu berlaku sejak dua minggu lalu selain menunjukkan perubahan dalam aspek penggunaan katil Covid-19 di hospital.

 

“Bilangan pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) menurun sebanyak 31 peratus iaitu daripada 97 kepada 66 orang.

 

“Sementara itu, bagi kemasukan harian pesakit Covid-19 ke hospital juga mencatatkan penurunan sebanyak 43 peratus iaitu daripada 223 kepada 127 orang. 

 

“Sehubungan itu, penggunaan katil Covid-19 di hospital negeri ini kini hanya sebanyak 994 katil iaitu 41 peratus daripada 2,414 keseluruhan kapasiti katil bukan ICU,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Vidyananthan berkata, data bagi penggunaan katil ICU Covid-19 sehingga Selasa lalu pula

menunjukkan sebanyak 51 peratus penggunaan iaitu 66 daripada 130 katil ICU Covid-19 di seluruh negeri.

 

Dalam pada itu, katanya, terdapat keperluan bagi desentralisasi pengurusan pesakit Covid-19 termasuk Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) ketika negeri bersedia menuju ke arah fasa endemik Covid-19.

 

“Sehubungan itu, terdapat perubahan tempat operasi CAC bagi daerah Johor Bahru, yang mana dua lokasi CAC sedia ada iaitu CAC Bukit Indah dan CAC Pasir Gudang akan ditutup bermula 9 Oktober ini,” ujarnya.

 

Katanya, perkhidmatan CAC akan beroperasi di 13 klinik kesihatan sekitar daerah itu selain pesakit positif Covid-19 perlu mendapatkan penilaian tahap kesihatan awal dengan membuat notifikasi kendiri di https:tinyurl.com/vcacjohor. 

 

“Petugas kesihatan akan menghubungi dalam tempoh 48 jam dan tarikh temujanji ke klinik 

berkaitan akan diberikan manakala kehadiran secara jumpa terus (walk-in) ke klinik tidak dibenarkan.

 

“Bagi daerah lain di negeri ini, tiada perubahan pada lokasi CAC sedia ada buat masa ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya