Kapal Malaysia Raya terkandas - Utusan Malaysia

Kapal Malaysia Raya terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 2 Oktober 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kapal Malaysia Raya bersama lebih 1,680 bakal haji terkandas di Pelabuhan Pulau Pinang akibat tindakan ‘bekerja ikut peraturan’ tidak rasmi oleh pekerja pelabuhan. Ia difahamkan berpunca daripada pertikaian tuntutan bayaran bonus dan elaun bantuan khas.

Malaysia Raya yang membawa 235 bakal haji dari Singapura, 610 dari Pelabuhan Kelang dijangka berlepas ke Jeddah pada pukul 4.30 petang setelah mengambil 835 bakal haji di Pelabuhan Pulau Pinang.

Antara peristiwa lain yang menarik.

2 Oktober 1972 – Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berkata, Malaysia akan menarik diri daripada peraturan pertahanan lima kuasa untuk melaksanakan Dasar Perkecualian di Asia Tenggara.

2 Oktober 1973 – Kerajaan dijangka berbelanja sekurang-kurangnya RM150 juta setahun untuk membayar Elaun Khas Sara Hidup (COLA) bagi seluruh kakitangan awam apabila dilaksanakan nanti.

2 Oktober 1975 – Muhammad Ali kekal Juara Tinju Heavyweight dunia setelah menewaskan Joe Frazer dengan pukulan TKO dalam pusingan ke-14 di Manila yang disifatkan perlawanan paling dahsyat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN