Kanak-kanak dari 15 negara akan berucap - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dari 15 negara akan berucap

MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kanak-kanak dari 15 buah negara akan berucap secara langsung menerusi siaran langsung di Facebook sempena Hari Kanak-Kanak Islam Sedunia (HKID) 1443 pada 19 Oktober ini.

 

Selain Malaysia, peserta lain yang turut serta adalah Indonesia , Filipina , Bangladesh,  Kemboja , Brunei , Thailand , Palestin , Turki , Pakistan , US , India , Papua New Guinea , New Zealand  dan wilayah Kashmir yang akan berucap mengenai sirah dan teladan Nabi Muhammad SAW.

 

Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid, program tersebut akan dianjurkan Mapim dan MyChild International Secretariate (MCIS) dengan kerjasama Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Kedah dan Puspanita Polimas Kedah.

 

Menurutnya, ucapan kanak-kanak terlibat akan disiarkan serentak di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa.

 

“Kita mahu mereka menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dalam setiap aspek kehidupan seperti adab harian sehingga soal pergaulan dalam masyarakat dan tingkah laku dengan semua manusia dan makhluk di muka bumi.

 

“HKID akan menjadi acara tahunan untuk kanak kanak berikrar mengamalkan akhlak Rasulullah SAW dan berjanji akan mencontohinya sepanjang hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan HKID bakal menjadi acara tahunan sempena Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal.

 

“HKID dianjurkan sempena Maulidur Rasul setiap tahun sebagai satu acara menerapkan pendidikan kanak-kanak dengan meneladani sahsiah Rasulullah SAW sebagai insan kamil yang perlu diikuti.

 

“Kami berpendapat HKID sangat sesuai memilih 12 Rabiulawal iaitu tarikh kelahiran Rasulullah SAW sebagai tarikh rasmi setiap tahun untuk seluruh dunia menyambutnya demi membangun semula nilai insan dan tamadun terunggul yang sangat diperlukan di zaman ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN