HKL dinaik taraf jadi pusat rujukan perubatan bertaraf antarabangsa - Utusan Malaysia

HKL dinaik taraf jadi pusat rujukan perubatan bertaraf antarabangsa

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan akan menaik taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk terus menjadi sebagai pusat rujukan nasional perubatan bertaraf antarabangsa.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perancangan tersebut dibuat menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Memuatkan artikel berkaitan…

 

“Kita juga ingin memastikan bahawa segala perancangan pembangunan akan menjadikan HKL bersedia untuk 150 tahun yang akan datang.

 

“Sebab itu, perancangan mesti bermula dari sekarang dengan mengambil kira semua pembangunan dan perancangan yang telah pun dijalankan. 

 

“Misalnya, projek semasa yang sedang dijalankan ataupun yang telah diluluskan adalah menaiktaraf Jabatan Kecemasan HKL dan juga pembinaan Institut Perubatan Forensik,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke HKL hari ini.

 

Dalam pada itu, Khairy berkata pihaknya memohon kepada Unit Perancangan Ekonomi dan Perbendaharaan agar mempertimbangkan dalam RMK12 untuk mengubahsuai dan menaik taraf Institut Pediatrik sedia ada.

 

Beliau berkata, lokasi menjadi keperluan bagi perubatan ibu dan kanak-kanak kerana mendapat permintaan yang tinggi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini