Hanya 26 kematian di rumah - Utusan Malaysia

Hanya 26 kematian di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan peningkatan jumlah kes kematian yang dilaporkan iaitu sebanyak 132 kes berbanding kelmarin, 105 kes. 

 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi hari ini berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,981 kes. 

 

Sebanyak 26 daripada 132 kematian itu melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,450 kes. 

 

Sebanyak 827 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 445 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,655 orang. 

 

Utusan Online semalam melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 9,890 kes berbanding semalam, 9,380 kes sekali gus terus diatasi 12,884 kes sembuh. 

 

“Tempat kerja terus merekodkan pertambahan kluster yang tertinggi iaitu lapan daripada 11 kluster Covid-19, hari ini, dengan tiga komuniti dan dua pendidikan lain,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN