Guru sambilan jalan kaki 37km tunai nazar - Utusan Malaysia

Guru sambilan jalan kaki 37km tunai nazar

SUPRIYADI berjalan sejauh 37 kilometer bagi menunaikan nazarnya jika lulus peperiksaan menjadi penjawat awam. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang guru sambilan nekad untuk berjalan kaki sejauh 37 kilometer sebagai nazar sekiranya dia lulus peperiksaan untuk bergelar Pegawai Pemerintah dengan Perjanjian Kerja atau PPPK.

Guru tersebut yang dikenali sebagai Supriyadi, 53, kini mengajar di sebuah sekolah menengah di Klaten, Jawa Tengah dan selepas mengetahui dia lulus peperiksaan itu, dia membuat keputusan untuk menunaikan nazarnya.

“Sebelum pengumuman keputusan PPPK, saya bernazar untuk berjalan kaki dari sekolah saya mengajar ke Universiti Negeri Yogyakarta (UNY) yang berjarak 37 kilometer.

“Pada Jumaat lalu, saya mula berjalan kaki seawal pukul 6 pagi dan dengan berbekalkan pelitup muka dan air mineral, saya sampai di universiti tersebut pada pukul 5 petang,” katanya seperti yang dilapor Tribunnews.

Supriyadi merupakan lulusan Fakulti Ilmu Sukan di UNY pada 1997.

Cerita guru tersebut sepanjang perjalanannya yang selama 12 jam, Supriyadi berehat sekali sahaja untuk menunaikan solat Zuhur.

Jelas Supriyadi, dia sudah bergelar guru sambilan selama 20 tahun dengan pengalaman mengajar di sekolah semasa selama 16 tahun, selain menerima gaji bulanan sebanyak 400,000 rupiah (RM117).

Selepas lulus peperiksaan PPPK, Supriyadi bakal menerima gaji yang lebih tinggi dan kerjayanya sebagai guru akan terjamin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya