Dua patung hiasan Sphinx rupanya artifak asli Mesir Purba - Utusan Malaysia

Dua patung hiasan Sphinx rupanya artifak asli Mesir Purba

PATUNG batu Sphinx berjaya dijual pada harga kira-kira 200,000 pound (RM1.13 juta). - EAST ANGLIA NEWS SERVICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua patung batu Sphinx yang disangka replika selama ini, sebenarnya merupakan artifak Mesir Purba yang asli.

Malah, artifak berkenaan berjaya dijual pada harga kira-kira 200,000 pound (RM1.13 juta).

Lapor Daily Mail, pemilik patung Sphinx itu membeli arca tersebut 15 tahun lalu dan percaya ia berasal dari abad ke-18 atau ke-19.

Pemilik dari Clare di Suffolk menjual patung Sphinx tersebut memandangkan mereka bakal berpindah ke rumah baharu.

Justeru, pemilik itu menjual patung berkenaan di sebuah pelelong tempatan.

Pada mulanya mereka menganggap patung Sphinx yang diukir itu akan dijual antara 300 hingga 500 pound (RM1,701 antara RM2,836) apabila Mander Auctioneers di Sudbury menganggarkan harganya.         

Namun, pemilik patung Sphinx terkejut dengan harga  ditawarkan para pembida dalam satu acara lelongan diadakan pada 9 Oktober lalu.

“Mereka baru sedar bahawa patung perhiasan itu sebenarnya artifak Mesir Purba dan mungkin berusia lebih 5,000 tahun,” lapor Metro.

Dilaporkan, bidaan patung Sphinx bermula pada 200 pound (RM1,134) namun orang ramai segera menawarkan harga tinggi sehingga ia berjaya dijual pada 195,000 pound (RM1.10 juta).       

Berdasarkan laporan East Anglian Daily Times, patung Sphinx itu dijangka dipamerkan di sebuah muzium. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya