[PARLIMEN]: Dewan Rakyat luluskan RMK12 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Dewan Rakyat luluskan RMK12

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat meluluskan usul pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) tanpa sebarang pindaan.

Ini selepas RMK12 yang memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM400 bilion itu dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meluluskan usul itu menerusi undi suara selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menjadi menteri terakhir menggulung usul tersebut sebelum RMK12 diluluskan.

RMK12 yang meliputi pembangunan negara selama lima tahun telah dibahaskan selama empat hari oleh 106 Ahli Parlimen bermula 28 September lalu sebelum sesi penggulungan oleh kementerian berlangsung selama tiga hari bermula 5 Oktober lalu.

Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion bagi pembangunan tahun 2021 hingga 2025 merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN