Bersatu Melaka yakin Pas tetap bersama PN - Utusan Malaysia

Bersatu Melaka yakin Pas tetap bersama PN

MOHD. RAFIQ Naizamohideen ketika ditemui pemberita selepas Program Sumbangan Deepavali Melaka Prihatin di Tehel, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetap yakin Pas akan bertanding menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. 

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, perkara itu adalah seperti mana yang diumumkan oleh pucuk pimpinan menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang diadakan Isnin lalu. 

Beliau berkata, pihaknya yakin Pas turut konsisten dengan keputusannya sebelum ini iaitu bertanding di atas tiket PN dan menggunakan lambang gabungan itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di pihak kita, kita konsisten akan bertanding di bawah parti PN seperti diuar-uarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. 

“Itulah keputusan parti-parti komponen di dalam PN, selebihnya kena tanya pemimpin Pas untuk pengesahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Sumbangan Deepavali Melaka Prihatin di Tehel di sini hari ini. 

Terdahulu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada PRN Melaka. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MT, semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Rafiq memberitahu, tidak ada sebab untuk memujuk Pas supaya terus  bergabung dengan Bersatu, walaupun Pas kini ditawarkan kerjasama oleh UMNO. 

“Tidak timbul isu memujuk atau apa, saya tengok komitmen Pas untuk bersama PN sentiasa berada pada tahap yang tinggi. 

“Ini termasuklah daripada segi jentera  dan program-program yang kita telah gerakkan ke akar umbi,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini