Bekas pegawai tentera AS dakwa makhluk asing hampir 'mulakan Perang Dunia Ketiga' - Utusan Malaysia

Bekas pegawai tentera AS dakwa makhluk asing hampir ‘mulakan Perang Dunia Ketiga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTANA: Seorang bekas pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa makhluk asing semakin ‘menghampiri untuk memulakan Perang Dunia Ketiga’.

Dakwaan itu dibuat Robert Salas selepas beliau dan pasukannya menyaksikan bagaimana entiti misteri itu mengganggu sistem senjata nuklear.

Menurut Salas, insiden tersebut berlaku di Pangkalan Udara Malmstrom di sini pada 24 Mac 1967.

Katanya, gangguan makhluk asing itu menyebabkan 10 peluru berpandu antara benua milik tentera AS tidak dapat berfungsi.

Jelas Salas, lapan hari sebelum insiden berkenaan, iaitu pada 16 Mac 1967, satu lagi kejadian serupa berlaku di pusat kawalan pelancaran peluru berpandu yang lain.

Kedua-dua kejadian itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pegawai tentera AS mengenai ancaman serangan makhluk asing.

Sementara itu Salas akan mengadakan sidang akhbar di Kelab Media Kebangsaan di Washington pada 19 Oktober ini bagi mendedahkan bukti mengenai dakwaannya kepada dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya