Anak menteri India ditahan selepas didakwa terlibat kes bunuh - Utusan Malaysia

Anak menteri India ditahan selepas didakwa terlibat kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang anak lelaki menteri India ditahan selepas didakwa terlibat dalam kes pembunuhan, seminggu selepas lapan penunjuk perasaan maut sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh negara.

Ashish Mishra diberkas di Uttar Pradesh semalam berhubung insiden penunjuk perasaan merusuh di daerah Lakhimpur Kheri yang membantah undang-undang berkaitan industri pertanian.

Timbalan Ketua Polis India, Upendra Kumar Agrawal berkata, penahanan Mishra dibuat selepas pihaknya enggan memberi kerjasama kepada polis, selain mengelak maklum balas ketika disoal siasat.

Sehubungan itu, tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah esok dan pertuduhan difailkan dalam tempoh 90 hari.

Mishra dan bapanya sehingga kini menafikan penglibatan mereka dalam insiden terbabit.

Mahkamah Tinggi India pada Jumaat lalu dilaporkan tidak berpuas hati dengan siasatan polis mengenai kes terbabit dan mempersoalkan kenapa Mishra tidak ditahan.

Sekumpulan petani terdahulu mendakwa Mishra berada di dalam kereta yang mengikuti konvoi menteri ketika kenderaannya melanggar empat penunjuk perasaaan, sekali gus menyebabkan mereka maut.

Kejadian itu mengundang kemarahan penunjuk perasaan yang lain sehingga mereka bertindak ganas dengan membakar kereta dinaiki Mishra, menyebabkan empat lagi terbunuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.