46 kematian dilaporkan, 603 kes ICU - Utusan Malaysia

46 kematian dilaporkan, 603 kes ICU

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan sedikit peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 46 kes berbanding kelmarin, 42 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 8 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,400 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 12 daripada 46 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,740 kes.

Sebanyak 603 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 300 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,301 orang. 

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,666 kes berbanding semalam, 5,828 kes sekali gus terus diatasi 6,978 kes sembuh. 

“Sebanyak 601 kes ICU dan 299 kes memerlukan ABP.

“Malaysia merekodkan kluster Covid-19 sebanyak tiga kluster melibatkan tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan komuniti dengan Johor mencatatkan dua kluster,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN