2 Ladang Bera Selatan tamat PKPD lebih awal - Utusan Malaysia

2 Ladang Bera Selatan tamat PKPD lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua buah skim ladang persekutuan di Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) lima hari lebih awal daripada tarikh asal yang ditetapkan iaitu Ladang Bera Selatan 5 dan Ladang Bera Selatan 7 dalam Daerah Bera.

Kedua-dua kawasan berkenaan telah dikenakan PKPD sejak 6 Oktober lalu disebabkan Kluster Sawit Bera Selatan yang diumumkan Kementerian Kesihatan pada 2 Oktober lepas bermula daripada kes indeks melibatkan seorang pekerja warga asing yang bergejala sebelum menjangkiti sejumlah 154 individu lain.

Bagaimanapun, ujian saringan kontak rapat membabitkan 289 pekerja estet kelapa sawit di situ selain pengesanan dibuat oleh Jabatan Kesihatan Pahang berjaya mengekang penularan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad memaklumkan bahawa tiada lokaliti baharu di seluruh negara bakal dikenakan PKPD atau kawasan yang sedia ada dilanjutkan lagi tempoh sekatan pergerakan berkenaan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN