15 maut banjir di wilayah Shanxi - Utusan Malaysia

15 maut banjir di wilayah Shanxi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir di wilayah Shanxi pada awal bulan ini.

Bencana itu berlaku selepas lebih 300 penduduk maut akibat banjir besar di wilayah Henan pada Julai lalu.

Sekurang-kurangnya 60 lombong arang batu di Shanxi terpaksa ditutup susulan banjir tersebut, namun kini sudah beroperasi semula.

Jurucakap pengurusan bencana Shanxi, Wang Qirui berkata, kira-kira 19,000 bangunan rosak akibat bencana tersebut dengan 18,000 daripadanya ‘musnah teruk’.

“Seramai 15 orang maut manakala tiga lagi hilang,” katanya.

Sekurang-kurangnya 1.75 juta penduduk di seluruh Shanxi terjejas akibat bencana yang berlaku dengan 120,000 berjaya dipindahkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN