Wisma Putra komited perkukuh keterlibatan dengan Suhakam - Utusan Malaysia

Wisma Putra komited perkukuh keterlibatan dengan Suhakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri memberi jaminan akan terus aktif bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) secara lebih membina terutama dalam usaha kerajaan memenuhi komitmen Penilaian Berkala Sejagat (UPR)

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah malah menzahirkan penghargaan ke atas pembabitan Suhakam serta sentiasa memudah cara dan memberi sokongan kepada kementerian.

“Saya berbesar hati jalinan kerjasama yang membina kementerian dan Suhakam sehingga kini dalam usaha kerajaan memenuhi komitmen Penilaian Berkala Sejagat (UPR),” jelasnya menerusi kenyataan ucapan tahniah kepada Suhakam hari ini sempena dengan ulang tahun penubuhannya yang ke-22 di bawah Akta 597 pada 1999 lalu.

Ia mulanya diletakkan di bawah Wisma Putra sebelum dipindahkan kepada Parlimen Malaysia dan memperoleh status A daripada Institusi Perlindungan Hak Asasi berpusat di Switzerland.

Mengulas lebih lanjut, Saifuddin berkata, sejak ditubuhkan, usaha berterusan Suhakam dapat dilihat dalam melaksanakan fungsi berkanun dan mandat yang diberikan sejajar matlamatnya.

Usaha itu ujarnya, adalah penting selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi ahli dalam Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) dianggotai 47 negara bagi tempoh 2022 hingga 2024.

Malaysia pernah dua kali menjadi anggota majlis di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuh sejak 2006 itu bagi mewakili rantau Asia Pasifik pada 2011-2013 dan 2006-2009.

Justeru, Saifuddin menyifatkan Suhakam mampu memainkan peranan dalam usaha menjaga kepentingan rakyat, sekali gus mempromosikan kejayaan hak asasi manusia di negara ini.

“Suhakam juga melaksanakan tugas penting dalam proses membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan dan memperkenalkan modul itu di peringkat sekolah,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau optimis Suhakam mampu menjayakan sasaran pihak kerajaan dalam memenuhi standard UPR yang digariskan sekretariat HRC selaras dengan proses reformasi PBB.-UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.