Wanita Indonesia pencetus kluster punca perumahan di Segama dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

Wanita Indonesia pencetus kluster punca perumahan di Segama dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya satu lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Selasa ini melibatkan Perumahan IOI Plantations Unico Oil Mill Sdn. Bhd. di Segama, Lahad Datu.

 

Langkah itu susulan kluster komuniti daripada kes indeks seorang wanita warga Indonesia berusia 48 tahun bergejala disahkan positif Covid-19 sebelum menjangkiti 15 individu lain.

 

 Dia dipercayai masuk ke negeri tersebut pada 25 Jun bersama dua cucu sebelum mengalami batuk dan sakit tekak ketika dilaporkan bekerja walaupun setelah dikuarantin di ladang.  

 

 Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan PKPD ialah penduduk di Rancangan Rumah Murah Kampung Kolek, Sungai Lembing, Daerah Kuantan, Pahang selepas 10 orang kontak rapat disahkan positif wabak itu.

 

 Dalam pada itu, PKPD melibatkan 282 penduduk daripada 68 keluarga termasuk masyarakat Orang Asli di Kampung Nelayan Benut, Daerah Pontian, Johor disambung seminggu lagi.

 

 Sementara di Sabah, PKPD meliputi tiga lokaliti ditamatkan esok seperti dijadualkan iaitu Taman Megah Jaya dan Kampung Bukit Gemuk di Tawau serta Kampung Nasakot, Ranau. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN