Tidak jaga kebersihan punca jangkitan di Ulu Bendul - Utusan Malaysia

Tidak jaga kebersihan punca jangkitan di Ulu Bendul

TERDAPAT sebanyak 13 kes melibatkan pesakit yang mempunyai sejarah pergerakan ke air terjun Ulu Bendul dikesan mempunyai gejala demam, cirit-birit, muntah dan sakit badan.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul yang membuang sampah dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan berlaku penularan kes Covid-19 dan jangkitan virus lain baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan  Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, terdapat dua kes positif Covid-19 dikesan di Wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini dan pesakit didakwa telah mengunjungi air terjun tersebut pada 17 September lalu. 

“Selain itu, secara keseluruhan terdapat 13 kes melibatkan pesakit yang mempunyai sejarah pergerakan ke air terjun Ulu Bendul dikesan mempunyai gejala demam, cirit-birit, muntah, sakit badan dan lain-lain.

“Daripada jumlah tersebut, dua kes jangkitan Covid-19, dua kes Leptospirosis (kencing tikus) dan satu kes rotavirus manakala lapan lagi kes masih menunggu keputusan ujian,” katanya di sini hari ini.

Jelas Mohd. Faizal, kesemua pesakit tersebut kini dirawat di beberapa hospital termasuk di HTJ, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini dan Hospital Port Dickson.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dakwaan beberapa pengunjung Taman Eko Rimba Ulu Bendul dikesan mengalami gejala cirit-birit dan muntah selepas mengunjungi kawasan rekreasi itu.

Sehubungan itu, Mohd. Faizal berkata, para pengunjung kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul dipohon supaya menjaga kebersihan kawasan jeram, kolam dan air terjun. 

“Buanglah sampah di tempat yang sepatutnya. Kebersihan tempat ini perlu dijaga bagi mengelakkan masalah kesihatan dan masalah lain di kemudian hari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kakitangan Unit Pembersihan Majlis Daerah Kuala Pilah dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengambil inisiatif membersihkan kawasan tersebut daripada sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya