Tiada usul undi percaya terhadap PM, dedah PKR - Utusan Malaysia

Tiada usul undi percaya terhadap PM, dedah PKR

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tiada Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bersidang minggu hadapan.

Perkara itu dinyatakan ahli parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menerusi laman sosial Twitternya hari ini.

“Soalan pertama (pada) 14/9 oleh (ahli parlimen) Jempol (Datuk. Mohd Salim Mohd. Sharif ), diikuti (ahli parlimen) Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Usul: Pilih timbalan speaker, perintah Dewan kepada KPN (Ketua Polis Negara) untuk tidak halang MP ke Parlimen (dan) usul menjunjung kasih.

“Tiada usul percaya terhadap PM9 @IsmailSabri60,” ciapnya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah diberi perkenan dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan 114 Ahli Dewan Rakyat menerusi surat pencalonan rahsia.

Menurut Istana Negara pada 18 Ogos, Yang di-Pertuan Agong bertitah “Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat”. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN