Tetap Bersama Ziyad - Utusan Malaysia

Tetap Bersama Ziyad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Belia Malaysia (MBM) dan keluarga Malaysia tetap berdiri di belakang Muhammad Ziyad Zolkefli memberikan sokongan walaupun kejayaannya meraih pingat emas dalam acara lontar peluru Paralimpik Tokyo 2020 ‘disabotaj’ oleh kem Ukraine. 

Ketua Penerangan MBM, Wan Mohd. Husni Abdullah berharap Ziyad Zolkefli kekal tenang walaupun ujian ini berat untuk dipikul dan diraikan sebagai wira negara setelah segala pengorbanan dicurahkan.

Katanya, MBM bersama seluruh rakyat Keluarga Malaysia amat menghargai penat lelah dan usaha yang ditunjukkan oleh Ziyad rakan-rakannya sepanjang aksi di dalam Paralimpik Tokyo 2020.

“Terima kasih kepada kem Malaysia yang diketuai Chef de Mission (CDM), Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin yang bertungkus lumus melakukan yang terbaik dalam melancarkan bantahan kepada penganjur.

“Kami (MBM) juga berharap pihak kerajaan dapat mengiktiraf kemenangan Ziyad ini sama tahapnya seperti kemenangan atlet lain yang menyumbang pingat untuk negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, pingat emas yang dimenangi Ziyad Zolkefli mendapat bantahan daripada kem Ukraine atas alasan teknikal menyebabkan pingat tersebut ditarik.

Ziyad bersama dua lagi atlet daripada Australia dan Ecuador mendapat status ‘DNS’ yang menyebabkan mereka dianggap tidak layak untuk beraksi susulan kelewatan mereka selama dua minit untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Mohd. Husni menyifatkan kem Ukraine tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi apabila membuat protes terhadap pingat emas Ziyad atas alasan teknikal.

“Berita ini sudah pasti mengejutkan seluruh rakyat Malaysia malah seluruh dunia kerana telah menjadi saksi kehebatan Ziyad Zolkefli sehingga berjaya memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali dengan catatan terbaik 17.94 meter.

“Keputusan rasmi menyaksikan pingat emas menjadi milik Maksym Koval sekaligus membatalkan catatan yang dibuat Ziyad sebagai pemegang rekod dunia,” katanya dalam kenyataan itu.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya