Terengganu : RM2.5 juta baiki paip pecah, patah - Utusan Malaysia

Terengganu : RM2.5 juta baiki paip pecah, patah

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kos membaik pulih paip dasar sungai Tangki Berangan yang pecah dan patah dalam dua kejadian berasingan, bulan lalu membabitkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketika ini, kerja-kerja berkenaan giat dijalankan dengan proses pemasangan akan dilakukan sebaik sahaja paip yang ditempah dari luar negara tiba.

“Kita menjangkakan penggantian paip yang ditempah dari Australia dan Itali itu dapat dilaksanakan mengikut jadual asal dengan krisis air tamat seperti ditetapkan pada 12 September,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat lokasi paip dasar sungai Tangki Berangan berdekatan Pulau Sekati di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, paip baharu berkenaan mempunyai daya ketahanan tinggi dan lebih fleksibel.

Krisis air 2.0 membabitkan 29,151 pengguna di sebahagian daerah ini dan Kuala Nerus sejak 23 Ogos lalu dijadualkan pulih pada 12 September ini.

Hasil siasatan awal mendapati punca kerosakan berkenaan disebabkan kejadian luar jangka semasa kerja-kerja pasca pembaikan paip bersaiz 1,200 milimeter itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN