Tempat kerja, komuniti antara kluster terbanyak - Utusan Malaysia

Tempat kerja, komuniti antara kluster terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja mencatatkan kluster Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 23 daripada 39 kesemuannya yang dicatatkan hari ini dengan Johor menjadi penyumbang terbanyak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu,  13 kluster komuniti manakala pusat tahanan, kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan swasta, serta masing-masing satu kluster.

Katanya, selepas Johor, Pahang dan Sarawak, masing-masing lima kluster; Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing empat kluster; tiga di Kedah, dua di Melaka manakala Terengganu, Kuala Lumpur dan Perak, masing-masing satu kluster.

“Kluster tenpat kerja melibatkan tujuh di Johor, dua di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing empat kluster manakala Melaka, Pahang, Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster komuniti, lima di Sarawak, empat di Pahang, dua di Kelantan dan satu di Kedah manakala kluster pendidikan swasta, satu di Johor; kluster pusat tahanan, satu di Johor dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata,  Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 18,547 kes berbanding semalam, 17,352 kes sekali gus terus diatasi kes sembuh iaitu 18,902 kes dengan 311 kematian dicatatkan dan 977 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 447 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 252,002 kes aktif. 

Katanya, Sarawak pula menjadi penyumbang terbesar dengan mencatatkan 3,200 kes diikuti Selangor (2,407), Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458) dan Perak (1,197). 

“Lima negeri mencatatkan tiga kes angka Pahang (742), Terengganu (645), Kuala Lumpur (631), Melaka (448) dan Negeri Sembilan (229). 

“Putrajaya pula mencatatkan 22 kes diikuti Perlis, 20 kes manakala Labuan hanya empat kes,” katanya.

Mengulas mengenai 311 kematian, beliau berkata, Selangor menjadi penyumbang terbanyak iaitu 55 orang diikuti Johor (53), Sabah (45), Kedah (43), Pulau Pinang (34), Perak (20), Kelantan (14), Terengganu (12), Kuala Lumpur (10), Melaka (10), Pahang (5), Sarawak (5), Negeri Sembilan (3) dan Perlis (2).

“Kematian melibatkan 178 lelaki dan 133 perempuan termasuk 41 warga asing serta 93 kes kematian yang dibawa ke hospital termasuk 25 warga asing manakala 220 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya.

Dalam perkembangan melibatkan kes positif, Noor Hisham berkata, secara keseluruhan sehingga hari ini, daripada 1,880,734 kes positif Covid-19 yang dilaporkan, sebanyak 1,721,274 kes (91.5 peratus) adalah tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin.

Katanya, sebanyak 1,441,205 kes (76.6 peratus) terdiri daripada mereka tiada sejarah vaksinasi dan 280,069 kes (14.9 peratus) adalah mereka yang tidak lengkap divaksinasi manakala hanya 159,460 kes (8.5 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

“Bagi pecahan kes harian hari ini, 308 kes (1.66 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 18,239 kes (98.34 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN