Tarik kelonggaran jika rakyat degil, langgar SOP - Utusan Malaysia

Tarik kelonggaran jika rakyat degil, langgar SOP

Normala Sudirman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Masyarakat diingatkan untuk tidak menyalahgunakan kelonggaran diberi kerajaan terutamanya di tiga negeri yang dibenarkan untuk mengalami peralihan fasa baharu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam.

 

Presiden Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM), Normala Sudirman berkata, penduduk di Negeri Sembilan, Pahang dan Johor perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana fasa baharu itu perlu dikekalkan sehingga memasuki fasa berikutnya.

 

Sehubungan itu, katanya, orang ramai tidak seharusnya mengabaikan SOP dengan berfikiran mereka ‘sudah bebas’ atau sudah berada dalam ‘zon selamat’.

 

“Kerajaan disaran menarik semula kelonggaran yang diberi jika rakyat masih berdegil dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 

“Rakyat seolah-olah alpa bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun, SOP wajar dipatuhi selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha mencegah penularan Covid 19,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

 

Negeri Sembilan beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat, manakala Pahang daripada Fasa Dua ke Fasa Tiga dan Johor daripada Fasa Satu ke Fasa Dua.

 

Ismail Sabri turut memberitahu, peralihan fasa itu dibuat mengikut garis panduan ditetapkan PPN dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil ICU serta peratusan lengkap vaksinasi.

 

Mengulas lanjut, Normala yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Pekerja dan Kepenggunaan Pas Pusat berkata, sekiranya rakyat tidak memberi kerjasama, maka usaha kerajaan akan menjadi sia-sia.

 

“Kita tidak mahu sebahagian pihak membina tetapi sebahagian pihak lagi seolah-olah meruntuhkan semua usaha yang dilakukan. Kita tidak mahu nasi menjadi bubur.

 

“Hargailah pengorbanan petugas barisan hadapan yang berkorban nyawa, tenaga dan masa dalam membantu negara menurunkan kes jangkitan Covid-19,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya