PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 107 kes sekali gus merekodkan penurunan kes berbanding kelmarin, 133 kes.
Rekod terbabit adalah setakat jam 12 tengah hari hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.
Jumlah kematian sebenar pula hanya satu kes berbanding 19 kes kelmarin manakala bagi jumlah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini berlaku penurunan sebanyak 346 kes berbanding kelmarin, 422 kes.
Jumlah kematian menjadikan jumlah terkini sebanyak 22,355 kes.
Sebanyak 105 daripada 346 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,263 kes.
Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 94 kes manakala kematian sebenar (purata tujuh hari), 10 kes diikuti Kedah (82/6), Johor (59/22), Sabah (47/16), Pulau Pinang (30/17), Sarawak (14/5), Terengganu (4/3), Melaka (4/3), Perak (3/9), Kelantan (3/5), Kuala Lumpur (3/3), Perlis (3/1), Pahang (0/3) dan Negeri Sembilan (0/2).
Bagaimanapun, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.
Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan Malaysia mencatatkan Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 18,815 kes berbanding semalam, 19,495 kes sekali gus mengatasi 16,939 kes sembuh dengan 1,222 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 710 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Tempat kerja terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu sembilan daripada 21 kluster Covid-19, hari ini, dengan Johor menjadi penyumbang terbanyak, enam kluster.
“Selain itu, enam kluster komuniti manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain, masing-masing dua kluster serta pendidikan tinggi dan pusat tahanan pula, masing-masing satu kluster,” katanya. -UTUSAN ONLINE